shamidaJanuary 15th 1980 (Age 32) Female IPOH,PERAK MALAYSIA
@@pengunjung laman ini@@
|
 |
Apr 13, 2010
Pengalaman menjadi seorang ibu
Pada tanggal 19 Mei 2007 aku telah selamat disatukan dengan suamiku. Majlis akad nikah telah diadakan pada pukul 10 pagi di Masjid As-Saadah. Majlis persandingan telah diadakan sejurus selepas itu kerana suamiku berasal dari pantai timur manakala aku dari utara. Keluarga suamiku ingin terus pulang ke pantai timur sebaik majlis selesai.
Berakhirnya cuti sekolah, aku terus pulang semula ke Sabah bagi meneruskan perjuangan sebagai pendidik. Sebulan selepas itu, barulah suamiku menyusul aku di Sabah. Tapi hanya sekejap sahaja kerana seminggu selepas itu dia akan memulakan kerja di Labuan.
Pada bulan Julai, aku telah disahkan hamil. Namun dugaan melanda aku. Dalam aku keseorangan aku juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam ovari sebelah kiri aku. Aku merasai pengalaman menaiki ambulan dari hospital Beluran ke Sandakan. Selama seminggu aku ditahan di wad. Segala keperitan terpaksa aku hadapi sendiri. Suamiku sukar mendapat cuti memandangkan baru sahaja bekerja. Suami berjauhan, keluarga di kampung. Hanya Tuhan yang tahu.
Menurut doktor di Sabah, aku perlu menghadapi kehilangan kandunganku kerna aku perlu menjalani pembedahan memandangkan ketumbuhanku agak besar (seperti kandungan 6 bulan-menurut doktor). Aku bertambah sayu. Akhirnya suamiku datang juga ke hospital sehari sebelum aku keluar. Aku memohon kepada pihak hospital untuk meneruskan rawatan di perak bagi memudahkan segala urusan. Cuti sekolah seminggu pada bulan Ogos, aku pulang ke Perak untuk meneruskan rawatan. berakhirnya cuti, aku kembali semula ke Sabah. Begitulah rutinku sepanjang tempoh mengandung dan menunggu hari pembedahan.
Pada Oktober 2007, aku menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut kerana ketumbuhan tersebut telah melilit saluran darahku(salah sendiri-aku melompat untuk memasang kipas.tak ingat dunia dengan boyotnyaa lagi). Pembedahan berjaya. begitu juga dengan kandunganku. Namun begitu, 3 hari selepas itu, luka pembedahan aku terkena jangkitan kuman. Luka tersebut terpaksa dibuka semula dan telah dibiarkan selama hampir dua minggu dalam keadan terdedah begitu sahaja bagi tujuan untuk mencuci luka tersebut. Azabnya semasa mencuci tidak terkira(tak boleh guna bius kerana aku mengandung. takut beri kesan kepada kandungan. tambahan sebelum ini pun dah banyak sangat ubat yang dimasukkan ke dalam badanku). apa yang menyedihkan aku, segalanya aku hadapi sendiri tanpa kehadiran suamiku sebagai sokongan. namun aku bersyukur kerana mempunyai keluarga terutamanya abangku dan kakak iparku yang begitu sabar dalam membantuku.
pada masa yang sama, aku terpaksa mengambil keputusan untuk mengisi borang pertukaran atas alasan kesihatanku. pada 16 Mac 2008 aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.1kg secara normal. Peristiwa ini juga berlaku tanpa kehadiran suamiku.
Posted at 12:01 pm by shamida
Permalink
Pengalaman menjadi seorang ibu- 2
Setelah menagalami keguguran, aku sekali lagi disahkan hamil. alhamdulah seperti mengandung anak yang sulung, aku mengalami sebarang alahan yang teruk cuma selera makan makin menjadi-jadi. disebabkan ibu aku mempunyai penyakit kencing manis, aku terpaksa melalui 3 kali mgtt(minum air gula).
Pada 27 Mac 2010, 1 pagi aku telah merasa sakit dan telah meminta abangku untuk hantarku ke hospital aku telah ditahan selama semalaman kerana bukaan hanya 1 cm.
Pada 28 Mac, 11 malam sekali lagi aku merasa sakit. tapi kali aku biarkan dahulu sehingga pada pukul 2 pagi 29 Mac, aku berasa tidak tahan sangat dan sekali lagi minta bantuan abangku untuk hantar ke hospital. kali ni bukaan 4cm. dalam tempoh masa tersebut sakitnya makin kerap. pukul 3 pagi air ketubanku dipecahkan. pukul 7.45, aku diberitahu oleh staff nurse bahawa bukaan telah penuh dan boleh mula meneran. namun setelah hampir 30 minit meneran, aku diberitahu pula oleh doktor bahawa bukaan aku belum penuh. aku disuruh jangan meneran pula. selang 10 minit seorang lagi doktor pakar pula datang dan memberitahu bahawa bukaan telah penuh tetapi ctg (jantung) bayi tidak kedengar. aku disuruh pula menjalani pembedahan kerana risiko kecederaan otak kepada bayi. Pada masa itu, hatiku menjadi sayu memikirkan segala macam kemungkinan. di tambah pula tanpa kehadiran suamiku.
Namun begitu, atas kuasa dan izin-NYA sebaik sahaja aku sampai kebilik bedah, aku terus sahaja meneran kerana tidak menanggung kesakitan serta kedengaran olehku percakapan doktor di bilik pembedahan yang aku sebenarnya boleh untuk bersalin secara normal. Alhamdulilah, bayi perempuan ku seberat 3.4 kg telah selamat dilahirkan. aku bersyukur sangat kerana tidak perlu dibedah.
Posted at 12:01 pm by shamida
Permalink
Oct 2, 2006
renungan bersama...........
Renungan buat diriku dan saudaraku
Wahai manusia yang beriman, marilah kita muhasabah diri sebelum diri dihisab di hari perhitungan.Pandanglah ke kanan, berapa banyakkan kebaikan yang kita ikhlaskan kepada Nya dan pandanglah ke kiri, kemudian anggarkanlah telah berapa banyak maksiat yang dikerjakan.Jika berani, bersedialah kita untuk menemui Tuhan kita ?.Maka sudah pasti hati kecil kita masih belum bersedia untuk menerima kedatangan malaikat maut.
Malik bin Dinar berkata, Jika seseorang merasa dirinya ada tanda - tanda takut dan berharap, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan pegangan dan perintah- perintah yang kukuh.Adapun tanda - tanda takut iaitu meninggalkan larangan Allah.Adapun tanda - tanda berharap iaitu mengerjakan perintah Allah.
Saudara seislamku sekalian
Betapa kita telah banyak mengerjakan kemungkaran, tidakkah teringin dan terfikir oleh kita untuk kembali menghayati Islam dan untuk tetap dalam mengerjakan taubat nasuha ? Renunglah sejenak, tidakkah kita sudi bersungguh- sungguh untuk menuju jalan yang satu.Awaslalh kobaran api neraka tiada terperi hebatnya.Neraka ialah tempat kemuncak segala keperitan, kesengsaraan, kepedihan dan di sanalah terhimpun segala macam keazaban.Sebelum pintu taubat masih terbuka luas, pohonlah keampunan kepada Allah, Tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih.
Firman Allah : Wahai orang- orang yang beriman, taubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha.
Harapan kita semua supaya dikurniakan oleh Allah taufik dan hidayah kepada kita, kerana taufik dan hidayah tidak dapat diwarisi, tidak dapat dibeli dengan kekayaan dunia tetapi ianya adalah anugerah Allah yang besar, lebih besar daripada semua yang ada di dunia ini, kerana di sisi Allah, dunia tidak mempunyai sedikit harga walaupun seberat sayap nyamuk sekalipun.Oleh itu, awaslah dengan tipu daya dunia kerana tipu daya dunia akan melalaikan kita daripada mengingati Allah.
Posted at 08:10 am by shamida
Permalink
Aug 15, 2006
Renungan bersama-Hadis Rasullulah
Hadis Rasulullah
Nasihat Rasulullah
Seseorg yg kehilangan 1 saat dlm perkara yg bukan dijadikan utk nya, wajarlah dia berpanjangan dlm penyesalan.Sesiapa tlh melebihi usia 40 tahun tetapi kebajikan belum mengatasi kejahatannya, bersedialah utk masuk neraka .
Ψ Wahai anakku, selagi engkau tdk beramal selagi itulah engkau tdk mendapat pahala.Sabda Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu sebelum pahala kamu ditimbang.
Ψ Bekerjalah utk duniamu sekadar mana engkau hidup di dalamnya dan bekerjalah utk akhiratmu sesuai dgn keberkekalan mu di dlmnya dan beramallah semata2 krn Allah sekadar mana engkau berhajat kepada Nya dan bekerjalah utk neraka sekadar mana engkau sabar menghadapinya.
Tahukah kalian siapakah yg termasuk dlm gol org yg muflis ?
Shbt menjawab : Org yg muflis di ant kami ialah org yg tiada wang dan tiada harta benda.
Rasulullah bersabda : Sbnrnya org yg muflis drpd klgn umatku ialah org yg dtg pd hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat.Serentak dgn itu jg dia membawa beban dosa di atas kslhnnya yg suka memaki hamun, menuduh org yg bukan2, memakan harta org, membunuh dan memukul org.
Baginda menyambung : Maka akan dikembalikan amal kebajikannya, lalu diberikan kpd org yg teraniaya.Jika habis pahala kebajikannya sblm selesai membayar kslhnnya, akan diambil kslhn org yg dianiaya lalu ditimpa ke atasnya.Kemudia dia akan dihumbankan ke neraka.Sgl hukuman adalah adil dan muktamad.
Sesungguhnya lidah org mukmin itu terletak di blkg hatinya.Apabila dia hendak berkata sesuatu, maka hatinya akan lebih mengerti sblm diucapkan menerusi lidahnya.Lidah org munafik terletak di hdpn hatinya.Apabila ia berkata sesuatu nescaya dilakukan terus dgn lidahnya dan tdk mempedulikan hatinya .
Posted at 10:08 am by shamida
Permalink
Aug 11, 2006
Renungan bersama- cara memperolehi kekuatan jiwa
. Cara utk memperolehi kekuatan jiwa
Ψ Berusaha utk mempertingkatkan iman.Utk mendapatkan iman :
i. Bertafakur memikirkan ttg kejadian alam dan merasai kebesaran Allah.
ii. Memikirkan ttg neraka yg penuh dgn azab
iii. Mujahadah nafsi melawan nafsu nafsu yg sentiasa mengajak kpd kejahatan dididik dan dilatih spy jinak dan baik.
iv. Membaca sejarah org 2 soleh ttg khdpn mrk dan mengambil iktibar drp nya.
Utk meninggalkan maksiat
Ψ Takutlah kpd Allah dan azab Nya.Rasakan bhw Allah maha melihat, mendengar dan mengetahui apa shj perbuatan kita sama ada dilakukan scr terang 2an / sembunyi 2.Ia akan menjadi benteng yg menghalang kita dr berbuat maksiat serta melakukan dosa.
Ψ Memahami syariat iatu hokum- hokum yg ada dlm al Quran dan sunnah.Kemudian menjadikan syariat sbg penyuluh kpd jln hidup dlm aspek mana sekalipun.
Ψ Menjauhi dosa walau sekecil 2 nya.
Utk mendapat pahala tanpa hisab
Ψ Sabar atas sgl ujian, sakit, susah, menghadapi kata 2 org.
Ψ Zuhud dgn dunia.Ambil dunia sekadar yg perlu.Tdk salah mencari kekayaan tapi digunakan sekadar mengikut keperluan.Selebihnya digunakan ke jalan yg diredhai Alklah spt bersedekah, membangunkan fardu kifayah dll
Posted at 10:42 am by shamida
Permalink
Aug 10, 2006
Sekadar renungan bersama-Bahaya Pujian
Bahaya Pujian
Siapa yg tdk suka dipuji ? Bukan wanita saja suka dipuji tetapi jg lelaki, kanak 2, org tua dan jg muda.Namun hati 2 krn pujian itu ada bahayanya yg tersendiri.Kata Imam Ghazali, terdapat 6 bahaya pujian, 4 pd org yg memuji dan dua pd org yg dipuji.
Bahaya pd org yg memuji
1. Kemungkinan pujian melampau yg akhirnya akan menjadi pendustaan.
2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bhw dia akrab ttp yg berlaku adalah sblknya yg akhirnya akan menjadi munafik.
3. Kadang kala msia mengucapkan sesuatu yg tdk diketahui benar / tidak, yg mungkin perkara itu tdk diselidikinya langsung.
4. Dibimbangingi pujian itu akan menyebabkan org yg dipuji terus leka dan tdk menyedari kelemahan diri sendiri seolah 2 org yg memuji itu merelakan sesuatu yg buruk terus berlaku.
Bahaya pd org yg dipuji
1. Org yg dipuji akan terus bongkak dan bangga dgn diri sendiri.
2. Org yg dipuji akan terus leka dgn pujian lantas mengrangkan usahanya utk membaiki kelemahan diri.
Posted at 06:09 am by shamida
Permalink
May 5, 2006
Contoh teks ucapan majlis makan malam dan format ringkas
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM MPV 2004.
Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB. Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia,Dato' Hon Choon Kim,Yang Dihormati Ketua Sektor Pengurusan dan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah, Puan Hajah Aminah Musaly, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Bahagian Sandakan, Dr. Dayu Sansalu, dif-dif kehormat, tuan2 dan puan2 sekalian.
Sirih junjung penyeri majlis, majlis MPV kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan Pelajaran Sabah.
Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena Pameran MPV Sekolah Menengah Akademik Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2004.
Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan. terima kasih.............
Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa makan.dipersilakan.
Bertamu rai sandakan, gendang gendut tali kecapi, sambil menonton kita makan, pelbagai persembahan akan diserikan.
Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan
hadirin dan hadirat, majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan
seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Para hadirin sekalian, sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini dengan persembahan tarian........... dengan sukacitanya majlis mempersilakan.
Hadirin yang dihormati, majlis ini diteruskan dengan persembahan..............
terima kasih ...........atas persembahan itu tadi.
para hadirin, kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan mempersembahkan.............dipersilakan.
Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang.
kalau ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi.
segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.
dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.
....................................................................... Format Secara ringkas.
1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri) 2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran. 3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan. 4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah. 4.1Perucap alu-aluan - Mengucapkan Selamat datang - Menyatakan fungsi dan objektif majlis - Melaporkan aktiviti - Mengemukakan Cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada
. 5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu) 5.1Perucap terima kasih - Berterima kasih diberi peluang berucap - Mengucapkan selamat datang ke majlis - Melaporkan aktiviti
.. - Mengemukakan cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK
.. 6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap) 6.1Perucap Utama - Mengucapkan tahniah kepada pengelola - Melaporkan informasi terkini
. - Memberi nasihat - Menjawab cadangan dan permintaan - Kata penutup
.. 7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah. 8.penutup 9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri)
Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua......................
Posted at 09:32 am by shamida
Permalink
Apr 21, 2006
contoh teks ucapan majlis penyampaian hadiah sempena majlis tadarus Al-Quran peringkat sekolah
MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH
SMK BALABAN JAYA 2006
Yang berusaha Cik Huang Lee Yung, pengetua SMK Balaban Jaya, yang dihormati Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ, PK HEM, Pn Rashida ahmad, En. Senguan Musa, PK Ko-kurikulum, yang dihormati para hadirin jemputan, guru-guru, peserta-peserta majlis Tadarus Al-Quran dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul untuk sama-sama meraikan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah SMKBJ.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput ketua pelajar kita Abdul Malek b Mohd Arwin untuk membacakan doa. Dipersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada Abdul Malek Mohd arwin.
Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Cik Huang Lee Yung, Pengetua SMKBJ ( Pn Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ ) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Huang Lee Yung ( Pn hanisah Obing )
Seterusnya bagi menghargai para hakim jemputan, yang turut sama menjayakan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput PK Ko-kurikulum, En. Senguan Musa untuk menyampaikan cenderahati.
Dipersilakan :
1) Ust. Hasanudin Che Man ( SK Kolapis)
2) Ust Wan Mohd Sukri Wan Teh ( SK Sg. Nangka )
3) Ust Mohd Shukri Abdul Kudus ( SK Kolapis )
4) Ust Fifi ( SK Balaban Jaya )
Terima kasih diucapkan kepada En. Senguan Musa
Majlis diteruskan lagi dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu acara pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dimulakan dengan acara tilawah Al-Quran, bagi kategori Qari, johan disandang oleh
, dan naib johan ialah
.
Bagi kategori Qariah, johan disandang oleh
.., dan naib johan
Acara hafazan, bagi kategori lelaki, johan disandang oleh
. Dan naib johan
.
Bagi kategori perempuan, johan disandang oleh
.., dan naib johan
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hanisah ________________________________________________________________
Majlis diteruskan dengan acara syarahan dan nasyid. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Rashida Ahmad, PK HEM SMKBJ untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan
Untuk acara syarahan bagi kategori lelaki, johan disandang oleh
, dan naib johan
..
Bagi kategori perempuan, johan dimenangi oleh
., naib johan ialah
..
Seterusnya, acara yang terakhir iaitu nasyid. Johan disandang oleh kumpulan
., naib johan kumpulan.....
dan tempat ketiga
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Rashida Ahmad.
Seterusnya, untuk menceriakan lagi majlis pada hari ini, dijemput johan bagi setiap acara berikut iaitu tilawah, syarahan dan nasyid untuk membuat persembahan.
Untuk itu, dijemput johan Qari dan Qariah iaitu
untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Dipersilakan
..
Terima kasih
.
Seterusnya, dijemput johan syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk menyampaikan syarahan masing-masing.
Dipersilakan
.
Terima kasih
..
Seterusnya, untuk persembahan terakhir kita pada hari ini, dijemput johan bagi acara nasyid untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada pemenang-pemenang yang telah sudi menyampaikan persembahan.
Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Tadarus Al- Quran peringkat SMKBJ.
Untuk itu, majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang, bagi yang tidak Berjaya jangan putus asa dan teruskan usaha anda. Terima kasih juga pada para hadirin yang turut sudi mejayakan majlis ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan..wassalam.
Posted at 12:55 pm by shamida
Permalink
Apr 20, 2006
Rencah kehidupan............
Manusia seringkali alpa dalam melakukan sesuatu. Namun jika wujud kesalahan tidak mahu mengakuinya. Perjalanan hidup harus diteruskan tanpa mengira apa jua halangan. Selalunya kita akan merasa tidak mampu untuk menghadapi sebarang halangan melainkan setelah kita laluinya. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita lalui.
Posted at 12:02 pm by shamida
Permalink
Mar 16, 2006
Posted at 08:55 am by shamida
Permalink
|